BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 6 March 2011

Tart Nenas :)


Bahan-bahan:
Doh tart:

2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 ½ sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar gula


Jem nenas:

4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit esen vanila
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Daun pandan



Cara membuat:
Doh;
Pukul mentega, susu, minyak sapi, garam hingga sebati.
Masukkan telur dan vanilla, pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak. Gaul hingga sebati dan membentuk doh yang lembut.



Jem Nenas;
Parut nenas. Jangan dibuang airnya.
Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, vanilla, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat. Angkat dan sejukkan.



Panaskan oven terlebih dahulu pada 150°C.
Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem yg telah siap tadi, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar.
Oles kuning telur pada bahagian atas tart.

Bakar selama 15 minit / sehingga masak.


Cara membuat Kek Coklat Strawberry


Bahan - bahan untuk membuat Kek Coklat Dengan Strawberry


1 2/3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kastor
2/3 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan mentega/125 gram
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam halus
2 biji telur
Loyang bulat atau empat segi ikut citarasa - yang telah digris sedikit mentega dan ditabur tepung
2 cawan gula aising bertapis
1/3 cawan serbuk kokok
2 sudu besar air panas menggelegak
1 sudu teh esen vanilla

Cara - Cara

1.Jenguk oven sekejap, pastikan oven dipanaskan terlebih dulu suhu 160 darjah celcius selama kurang lebih sepuluh minit.

2.Ayakkan tepung bersama soda ke dalam 'mixing bowl'.

3.Masukkan bahan-bahan kering dimulakan dengan gula, garam, serbuk koko

4.Masukkan pula bahan-bahan basah, susu cair, mentega, telur dan esen vanilla.

5.  Menggunakan 'mixer', adun kesemua bahan pada kelajuan rendah selama 30 saat, supaya bahan2 tersebut dapat berkenalan antara satu sama lain (tak terkejut).

6.Setelah itu, pada kelajuan tinggi, adun bahan kek selama 3 minit.(Tidak boleh terlalu lama nanti wujud 'air bubble', kek akan membukit bila nak masak. Tuang ke dalam loyang tadi dan bakar selama 40 ke 45 minit.

7.Serta merta keluarkan kek dari loyang untuk disejukkan. Setelah sejuk kita sediakan frosting dan hiasan strawberry.

8.Untuk menyediakan frosting, gaulkan gula aising dan serbuk koko, tuangkan air panas dan esen vanilla, kacau sebati. Kepekatan dan kemanisan frosting bergantung pada citarasa.

9. Sapu ratakan frosting tadi ke atas kek, kek tampak berkilat dan sungguh menyelerakan, hiaskan strawberry ikut citarasa. Sedia untuk dihidangkan.